Wednesday, December 15, 2010

Pasar Malam PKPS beroperasi setiap hari Isnin bermula dari jam 4.30 petang sehingga 10.00 malam. Bertempat di belakang bangunan Bazaar Rakyat PKPS dan bersebelahan GIANT Sri Kembangan. Tujuan pasar malam ini diwujudkan adalah untuk memberi pilihan kepada para penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan yang berkualiti, murah dan sedap sama ada makanan, minuman serta barangan am. Kami berharap penduduk setempat dapat mengambil peluang ini untuk datang beramai-ramai memberi sokongan kepada peniaga-peniaga ini. Kami juga mengadakan peraduan selama 3 bulan berturut-turut bagi  mmeriahkan lagi suasana membeli-belah di pasar malam PKPS. Sebanyak 3 set hadiah mesti dimenangi setiap bulan. Untuk keterangan lanjut silalah datang ke pasar malam PKPS. Ingat.....setiap hari Isnin...Datang...jangan tak datang.